Bekam Basah (Hijama)
Rawatan sunnah untuk mengeluarkan darah statik. Sesuai untuk migrain, sakit belakang kronik, tekanan darah tinggi, dan keletihan yang berpanjangan.
Ketahui lebih lanjut →Rawatan tradisional dan terapi, kesihatan untuk seisi keluarga — "rawat badan, tenangkan minda, pulihkan tenaga".
Beroperasi sejak 2019
Annaz Therapy Centre lahir daripada satu pemerhatian mudah: ramai pesakit yang datang dengan sakit otot, sakit belakang, atau resdung yang berlarutan memerlukan lebih daripada satu pendekatan. Bekam membantu melegakan ketegangan dan melancarkan peredaran. Urutan dan facial pula membantu menenangkan tubuh dan minda. Bersama, semuanya saling melengkapi.
Pusat Rawatan ini telah beroperasi sejak dari tahun 2019. Sehingga kini, rawatan terapi dan penjagaan kesihatan dapat membantu pelanggan mendapatkan tubuh yang lebih sihat, bertenaga, dan lebih tenang.
Bekam Sunnah, Rawatan Resdung tanpa asap, Urutan Genqi, Rawatan Wajah dan Urutan Tradisional — dilakukan oleh terapis terlatih dan berpengalaman.
Rawatan sunnah untuk mengeluarkan darah statik. Sesuai untuk migrain, sakit belakang kronik, tekanan darah tinggi, dan keletihan yang berpanjangan.
Ketahui lebih lanjut →Tekanan vakum tanpa luka untuk membuang angin dalam badan, melegakan ketegangan otot, dan melancarkan peredaran darah.
Ketahui lebih lanjut →Rawatan khas untuk masalah resdung — bersin pagi, hidung tersumbat, sakit kepala. Tanpa asap, lebih selesa dan mesra pelanggan.
Ketahui lebih lanjut →Terapi menggunakan alat khas Genqi — mengurangkan ketegangan, melancarkan peredaran darah, dan membantu pemulihan selepas aktiviti fizikal.
Ketahui lebih lanjut →Rawatan wajah dengan alat wap untuk membersih dan menyegarkan kulit. Sesuai untuk jerawat, kulit kusam, pori tersumbat dan kulit berminyak.
Ketahui lebih lanjut →Urut manual oleh terapis terlatih untuk hilangkan sakit otot & sendi, stress, saraf tegang, dan angin dalam badan. Bantu tidur lebih lena.
Ketahui lebih lanjut →
Pendekatan Kami
Setiap pelanggan baharu melalui penilaian awal sebelum rawatan dimulakan. Kami dengar masalah anda, periksa kawasan sakit, dan tanya sejarah kesihatan. Hanya selepas itu kami cadangkan rawatan yang paling sesuai — bekam, urutan Genqi, atau urutan badan.
Tiada pakej "sapu rata" di sini. Setiap pelan rawatan disesuaikan dengan keadaan badan, jadual, dan matlamat pelanggan.
Lebih lanjut tentang kaedah kami →Sakit pinggang saya dah lebih setahun. Lepas tiga sesi gabungan bekam dan urutan Genqi di Annaz, baru saya boleh tidur tanpa rasa sakit. Terapisnya betul-betul tahu apa yang mereka buat.
Sebagai pelari maraton, saya dah cuba pelbagai jenis rawatan. Bekam sukan di Annaz adalah yang paling tepat untuk masalah ITB syndrome saya. Recovery time saya jauh lebih cepat sekarang.
Lutut saya kaku selepas kerja berat lama-lama. Lepas beberapa sesi urutan Genqi di Annaz, badan rasa lebih ringan dan boleh tidur lena. Terapis layan pun mesra dan profesional.
Saya buat bekam basah setiap tiga bulan untuk migrain saya. Selepas tiga tahun ikut jadual ini, frekuensi migrain saya turun dengan ketara. Klinik bersih, pengamal sopan, dan beradab.